Celik CPR bantu hadapi serangan jantung

September 30, 2019
editor-media

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Menyedari serangan jantung semakin meningkat setiap tahun, Hospital Pakar Al-Islam mengadakan program celik bantuan awal kecemasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, semalam.

Program itu diadakan dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) dan Persatuan Resusitasi Malaysia (MyRes) bertemakan ‘Menyelamatkan Satu Nyawa Umpama Menyelamatkan Seluruh Umat’.

Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, objektif program itu adalah meningkatkan kadar nyawa terselamat daripada serangan jantung mengejut yang berlaku di ruang awam, masjid dan pasar raya dengan menggunakan teknik CPR serta peranti AED (Automated External Defibrillator).

“Program julung kali diadakan itu melibatkan penglibatkan lebih 300 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. “Ia juga diadakan sempena ‘FIMA-Global Lifesavers Day’ yang diadakan serentak pada hari sama di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Pakistan, United Kingdom dan Afrika Selatan,” katanya.

Program itu mendapat kerjasama daripada beberapa organisasi lain seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jawatan kuasa Masjid Jamek Kg.Baru.

Mengulas lanjut, Mohd. Daud berkata, Insiden sindrom koronari akut (ACS) termasuk serangan jantung (AMI) berlaku sebanyak 47.1 kes bagi setiap 100,000 penduduk, menjadikan anggaran 15,260 kes bagi 32.4 juta rakyat Malaysia. UTUSAN ONLINE

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR