Cendawan Busut: Dari sarang anai-anai kepada makanan yang enak

September 27, 2021
editor@abim

Cendawan Busut: Dari sarang anai-anai kepada makanan yang enak

Buat kajian sedikit tentang dari mana tumbuhnya cendawan busut/cendawan tahun. Cendawan busut (Termitomyces sp) merupakan sejenis cendawan dari keluarga ‘lyophyllaceae’ yang tumbuh liar di kawasan khusus pada masa-masa tertentu sahaja dan ada kaitan dengan aktiviti oleh anai-anai. 

Cendawan busut ini biasanya akan tumbuh dengan banyaknya selepas hujan lebat diikuti dengan petir. Ia tidak memberi apa-apa tanda sebelum kemunculannya dari permukaan tanah.

Lazimnya, cendawan busut akan muncul pada awal pagi dan akan kembang dan mati dalam tempoh satu ke dua hari. Salah satu keunikan cendawan ini juga ialah ia mempunyai akar yang panjang kerana ia keluar dari bawah tanah dari sarang anai-anai.

Cendawan busut/tahun ini adalah diantara cendawan liar yang paling sukar untuk dibiakkan. Cendawan ini berinteraksi sangat baik dengan anai-anai.

Anai-anai adalah serangga yang membina sarangnya di bawah tanah dan sering menyebabkan kemusnahan harta benda manusia. Sarangnya dibina dengan menggunakan bahan organik.

Anai-anai makan bahan dari tumbuhan yang mereput yang selalunya diperbuat dari kayu, tanah, najis ternakan dan pelbagai lagi.

Anai-anai ini akan mula menanam cendawan ini dalam sarangnya yang dipanggil teras kulat (fungus comb). Teras kulat ini dibina dari bahan buangan anai-anai yang terdiri dari bahan-bahan dari tumbuhan yang tidak dihadam. Cendawan yang ditanam akan tumbuh dan mengurai selulos untuk diambil oleh anai-anai.

Apabila musim hujan yang diikuti dengan petir, pada kelembapan udara yang tinggi, cendawan busut ini akan keluar dari bawah tanah. Apabila cukup matang, ia akan menyebarkan spora-sporanya ke udara untuk meneruskan generasinya yang akan datang.

Apabila proses tindak balas alam berlaku maka sarangnya akan menjadi putih. Yang putih itulah sejenis kulat.

Subahanallah, Maha Berkuasanya Allah Subhanahu wa-Ta’ala atas kehendak-Nya yang Maha Pencipta segala tumbuhan dan yang mempunyai banyak khasiat untuk kita.

Sumber: Zul Ali

#SebarkanSalam

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR