CIKGU AB HALIM ISMAIL: DAMAI BERTEMU RABB SANG PENCIPTA

August 30, 2021
editor@abim

CIKGU AB HALIM ISMAIL: DAMAI BERTEMU RABB SANG PENCIPTA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan rasa sedih di atas kepulangan ke Rahmatullah Tuan Hj Ab Halim Ismail, Timbalan Presiden WADAH. Mantan Timbalan Presiden ABIM ini menginfaqkan sebahagian besar usianya untuk jalan dakwah bersama Institut Sofar, KPIP dan WADAH selain aktif menulis dan membangunkan Biro Tarbiah ABIM.

Beliau juga antara pimpinan ABIM yang mendekam di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) ketika era Reformasi, dan tetap setia dengan perjuangan sehingga akhir hayatnya. Semoga Almarhum Cikgu Halim yang terkenal kerana hikmah dan kelembutan tutur bicaranya, damai bertemu Rabb Sang Pencipta, dikasihi-Nya dan dirahmati-Nya.

Almarhum disahkan telah bebas Covid-19 dan meninggal dunia kerana komplikasi organ. Jenazah diuruskan di Surau Ansorullah, Bandar Menjalara B, dan dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Sinar Segambut. Kebaikan beliau yang disebut-sebut ramai; moga menjadi asbab ganjaran di alam sana. Mudah-mudahan diberi kekuatan dan ketabahan buat ahli keluarga yang ditinggalkan, insya Allah.

Semoga didikan, nasihat, contoh teladan yang ditinggalkan menjadi pedoman buat kami. Ya Allah, tempatkan rohnya bersama mereka yang soleh, di Syurga-Mu yang tertinggi.

Ya Allah, golongkan Cikgu Ab Halim Ismail yang kami kasihi dalam kalangan mereka yang mendapat maghfirah dan rahmat-Mu. Dan tempatkan Cikgu Halim di tempat paling baik disisi-Mu. Serta kurniakanlah kesabaran dan kekuatan buat keluarga Cikgu. Kami semua sayang Cikgu.

Selamat pulang ke kampung asal, Murabbi yang kami kasih dan rindui. InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.  

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR