Dalam Dakwah Seorang Muslim Adalah Umpama “Kitab Terbuka”

September 5, 2016
editor-media

27 Ogos 2016, Kuala Lumpur:- Ustaz Mohd Shazni Abdullah, Ketua Biro Dakwah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), telah mengisi salah satu lot sempena penganjuran Seminar Rahmat Belia Islam Memacu Agenda Dakwah Metropolitan.Strategi, anjuran ABIM Wilayah Persekutuan pada 27 Ogos 2016 yang lalu. Ustaz Mohd Shazni Abdullah, yang juga merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Perubatan Islam Universiti Malaya (PPUM), turut berkongsi pengalaman dakwah di beberapa kawasan termasuk Kepulauan Kokos pada penghujung tahun 2012.

“Untuk kelestarian dakwah yang mendepani zaman, pelbagai jenis manusia perlu diajak untuk sama-sama berdakwah. Jangan melarikan diri daripada masyarakat supaya kita faham situasi sebenar,” jelas beliau yang kemudian menambah, “Ujian dan cabaran dalam menyebarkan kebaikan pastinya tidak pernah padam. Hanya kepada-Nya kita berserah! “

Beliau yang mesra dikenali sebagai Ustaz Shazni di penghujung sessinya berkongsi kata-kata hikmah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. “Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya, tetapi seorang muslim sejati adalah laksana ‘kitab terbuka’ yang semua orang membacanya. Ke mana saja ia pergi, ia adalah ‘dakwah yang bergerak”. Ikuti Perkongsian dan Catatan Ustaz Shazni Di Facebook Beliau:-  

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR