Dari Dungun ke Sepanyol: Amar Makruf Tandatangani Kontrak Profesional Bersama AD Alcorcon

January 27, 2022
editor@abim

Dari Dungun ke Sepanyol: Amar Makruf Tandatangani Kontrak Profesional Bersama AD Alcorcon

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan syabas buat pemain muda Malaysia kelahiran Dungun, Amar Makruf Sharuddin menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab La Liga 2, A.D. Alcorcón.

Sebelum ini, Amar dan seorang lagi pemain, Anas Nadawi menyertai menyertai salah satu akademi bola sepak yang berpangkalan di Valencia iaitu The Next Generation Sports pada Disember 2020.

Pemain berusia 20 tahun ini sebelum ini menyertai latihan di akademi kelab berkenaan pada tahun 2021 sebelum diserapkan menyertai kelab bawah 23 tahun.

AD Alcorcón merupakan sebuah kelab profesional yang beraksi di La Liga 2 (Divisyen 2) Sepanyol dan kini menghuni tangga terakhir liga selepas 24 perlawanan.

Seorang lagi pemain muda negara, Sikh Izhan Nazrel juga sedang berkelana di Sepanyol dimana beliau ketika ini menjalani latihan bersama Fuenlabrada yang juga beraksi dalam saingan Segunda Division.

#DemiMalaysia #BangkitBersama

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR