Datuk Syeikh Maulana Abdullah Al Bukhari, Ulama’ Tersohor Pulau Pinang, Meninggal Dunia

January 24, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – Ulama’ tertua di Pulau Pinang, Datuk Syeikh Maulana Abdullah Abdul Rahman Al Bukhari Al Masyuri yang meninggal dunia pada 9hb Januari 2022 ketika berusia 88 tahun.

Almarhum memperoleh kelulusan Tahfizul Qurani dari Jamia Misbahul Hudha, Nidur, India pada tahun 1953 selain memperoleh kelulusan Kelas Alim Maurlaui, Nidur, India pada tahun 1958.

Sepanjang hayatnya, Syeikh Abdullah Bukhari pernah mengajar ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Mantiq, Tafsir dan Hadits di Madrasah al-Mashoor, Pulau Pinang pada tahun 1958 sehingga 1979.

Beliau juga sangat aktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya dan kebolehan memberi ceramah dalam beberapa bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Arab.

Almarhum juga pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 1960.

Beliau dilahirkan pada 29hb Jun 1933 di Jalan Brani, Pulau Pinang lebih dikenali dengan panggilan Syeikh Abdullah Bukhari kerana menjadi rujukan dalam hadis al-Bukhari.

Beliau memulakan pendidikan awalnya di Madrasah al-Mashoor al-Islami dengan kelulusan 4 Thanawi dan pengkhususan Qismun Takhasasin dan Qismun Muallimun pada tahun 1952.

Almarhum memperoleh kelulusan Tahfizul Qurani dari Jamia Misbahul Hudha, Nidur, India pada tahun 1953 selain memperoleh kelulusan Kelas Alim Maurlaui, Nidur, India pada tahun 1958.

Sepanjang hayatnya, Syeikh Abdullah Bukhari pernah mengajar ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Mantiq, Tafsir dan Hadits di Madrasah al-Mashoor, Pulau Pinang pada tahun 1958 sehingga 1979.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Hajah Ayissa Binti Mohd Mydin dan dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

Pengetahuan dan pengalaman beliau yang mendalam lagi luas membuatkan beliau dijemput untuk mengajar pengajian tafsir al-Quran di sekitar masjid Negeri Pulau Pinang bermula tahun 1990 sehingga 2010. Dalam tempoh yang sama beliau turut dilantik menjadi guru takmir daerah Timur Laut Pulau Pinang.

Beliau juga sangat aktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya dan kebolehan memberi ceramah dalam beberapa bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Arab.

Beliau telah menunjukkan jasa dan budi pekerti yang terpuji serta kecekapan dalam apa jua lapangan. Justeru itu beliau diberikan anugerah Pingat Kelakuan Terpuji P.K.T Pulau Pinang pada tahun 1991.

Pengetahuannya yang begitu mendalam serta pengalaman yang begitu luas dalam membawa pimpinannya ke tahap yang tinggi. Beliau menerima anugerah Darjah Johan Negeri D.J.N Pulau Pinang pada tahun 2002.

Semua pihak dari peringkat ketua negeri hingga lapisan bawahan menyanjung tinggi sumbangannya terhadap negeri ini. Oleh yang demikian beliau dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri D.S.P.N dari Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2007.

Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR