
19 Januari 2015:- Menerima kunjungan Silaturrahmi Bang Haji Satono Pengurus Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia Kabupaten Sambas, Kalimantan Barat. Insya Allah Abim Pusat akan anjurkan program menjejaki seorang Ulama terkenal dari Sambas iaitu Allahyarham Syeikh Muhammad Basiyuni Imran seorang Maharaja Imam Sambas. Buat sahabat yang pernah membaca buku “Mengapa Kaum Muslimin Mundur” karya Amir Syakib Arsalan buku itu disusun adalah sebagai jawapan daripada pertanyaan ulama’ tersebut yang ditujukan kepada gurunya Sheikh Rasyid Ridha.
