Delegasi Malaysia Life Line 4 Syria Hampir Jadi Mangsa Bom Di Syria - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Delegasi Malaysia Life Line 4 Syria Hampir Jadi Mangsa Bom Di Syria

Bismillahirrahmaanirrahiim. 

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. 

Berikutan serangan yg disasarkan ke Sekolah Ain Jalut pada 30 Mei 2014, pukul 9.00 pagi yang dijangka akan dilawat oleh wakil Malaysia Life Line for Syria yg sedang berada di dalam rangka menghantar bantuan kecemasan utk Misi Khas #SaveAleppo.  Setakat ini dilaporkan dua anggota misi MLLFS telah selamat keluar daripada bandar Aleppo dan kini berada di sebuah lokasi yg tidak dapat dimaklumkan atas faktor keselamatan. 

 

Serangan dua buah roket yg berlaku 15 minit sebelum ketibaan delegasi misi yg sememangnya disasarkan kepada galeri lukisan dan sekolah tersebut telah mengakibatkan seramai 40 org syahid di antaranya adalah 35 orang kanak-kanak dan juga 5 orang cikgu. 

Galeri tersebut khusus dipersiapkan utk menyambut ketibaan delegasi. Namun begitu, serangan zalim daripada rejim Bashar Assad ini telah memusnah malah meragut nyawa mereka yg tidak berdosa. 

Kami menyeru kepada semua kepimpinan dan juga seluruh rakyat Malaysia utk bersama menyatakan solidariti mengenang para syuhadak ini dengan menggunakan hash tag #ainjalutschooltragedy dengan  memaparkan gambar-gambar selepas kejadian berlaku. 

Ayuh bersama hentikan kezaliman ini. Basyar Assad perlu meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pertukaran kepimpinan Syria yg lebih demokratik. 

Dunia kemanusiaan perlu bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yg paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 

Cukuplah kita menutup mulut dan mata dengan apa yg sedang berlaku di Syria kini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yg tidak berdosa?

Sama-sama kita mendoakan agar tim bantuan kemanusiaan terus dilindungi oleh Allah. 

Terima kasih. 

Syahrir Azfar bin Saleh 
Ketua Misi Khas #SaveAleppo
Syria