Modul Diriku Permata Berharga Isi Slot Sempena Konvensyen Inspirasi Wanita. - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Modul Diriku Permata Berharga Isi Slot Sempena Konvensyen Inspirasi Wanita.

25hb Ogos 2019 (Ahad): Alhamdulillah, sempena Konvensyen Inspirasi Wanita, Penolong Setiausaha Kewangan ABIM, Puan Maria Kamel telah diundang untuk mengisi Bengkel #DERMAGA – Diriku Permata Berharga – Pendidikan kesihatan reproduktif versi remaja. Program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) ini berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. sesi ringkas bengkel #DERMAGA – Diriku Permata Berharga – Pendidikan kesihatan reproduktif versi remaja.

Persoalan masih berkisar dari usia berapa sesuai mendidik anak-anak tentang pendidikan reproduktif, maksud pendidikan seks-pendidikan seksualiti-pendidikan reproduktif, tentang STD-STI, tentang abstinen dan kembali semula kepada taboo masyarakat yang masih belum bersedia menerima isu ini sebagai satu pendidikan kepada anak-anak.

DERMAGA serta Tunas Dermaga adalah pakej pendidikan pencegahan (abstinen) bagi membekalkan remaja dan kanak-kanak dengan kaedah mengelakkan diri setelah mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mengundang risiko keselamatan atau maruah diri.

Modul kedua-dua program tersebut meliputi pendidikan kesihatan reproduktif yang dirangka untuk turut meliputi keperluan pendidikan dan pencegahan – ‘informal social control’ melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dan sesuai dengan golongan remaja.  Untuk makluman lanjut mengenai Dermaga serta Tunas Dermaga boleh dibuat dengan menghubungi 03-4108 4500 serta emelkan kepada dermagapusat@gmail.com.