Doa Bila Hujan Turun: Jom Kita Amalkan

March 7, 2022
editor@abim

Hujan adalah rahmat untuk kita sebagai makhluk di bumi ciptaan-Nya ini. Sebagai umat Islam, penting untuk kita membaca doa saat hujan dan melakukan beberapa amalan yang baik saat turunnya hujan.

Dalam Al-Quran, Allah Subhanahu wa-Ta’ala menyatakan bahawa hujan adalah bentuk kasih sayang-Nya. Allah berfirman: “Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.” (Surah Al-Furqan: Ayat 48).

Namun, adakalanya fenomena alam tersebut juga merupakan peringatan daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala buat hamba-hamba-Nya.


Doa Ketika Hujan Turun

Daripada Ummul Mukminin, ‘Aisyah radhiyAllahu ‘anha menyatakan, “Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam ketika melihat turunnya hujan, Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam mengucapkan, ‘Allahumma shoyyiban nafi’an (Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat).’” (Hadith Riwayat. Bukhari, no. 1032).

Doa Ketika Hujan Lebat

Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian ketika hujan turun begitu lebat sehingga memudaratkan penduduk, beliau memohon kepada Allah agar cuaca kembali menjadi cerah.

Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam berdoa: “Allahumma haawalaina wa laa ’alaina. Allahumma ’alal aakami wal jibaali, wazh zhiraabi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari (Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok).” (Hadith Riwayat Bukhari, no. 1014)

Doa ketika Hujan Disertai Angin Kencang

Jika ada angin kencang, kita boleh berdoa dengan doa yang diajar oleh Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam dengan doa: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada di dalamnya dan kebaikan tujuan dihembuskannya angin ini. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan angin ini, kejahatan yang ada di dalamnya, dan kejahatan tujuan dihembuskannya angin ini.” (Hadith Riwayat Bukhari, 4:76; Muslim, 2:616)

Jom Kita Amalkan Bersama

Alhamdulillah, nampaknya bolehlah kita hafal dan baca selalu selepas ini, memandangkan berdoa ketika waktu itu adalah antara waktu yang mustajab. Anas bin Malik radiyAllahu ‘anhu berkata: Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Doa yang tidak ditolak ialah doa antara azan dan iqamah.” (Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, hadith no: 196, hasan sahih). Untuk semuanya, berhati-hati semasa musim hujan. Moga perkongsian ini bermanfaat. Insya Allah.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#DaruratBanjir#RakyatJagaRakyat

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR