Dr. Abd Rani Osman Pulang ke Negeri Abadi

January 24, 2023
Admin Abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah – Almarhum Dr. Abd Rani Osman yang meninggal dunia pada usia 65 tahun pada pagi Isnin, 23hb Januari 2023.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru itu dilaporkan meninggal dunia jam 5 pagi di Hospital Banting.

Almarhum menjadi ADUN Meru dari 2008 hingga 2018 sementara Pesuruhjaya Pas disandang beliau pada 2011 hingga 2013.

Sebelum menyertai politik, beliau merupakan seorang doktor perubatan dan mempunyai sebuah klinik swasta di Pekan Meru.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR