DSAI & KAK WAN KUNJUNGI RERUAI ABIM PRESS DI PBAKL 2022

June 13, 2022
editor@abim

DSAI & KAK WAN KUNJUNGI RERUAI ABIM PRESS DI PBAKL 2022

12hb Jun 2022 (Ahad): Alhamdulillah, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Port Dickson dan Presiden ABIM Kedua) serta YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Ahli Parlimen Pandan dan mantan Timbalan Perdana Menteri) telah mengunjungi reruai ABIM Press di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

Ustaz Mohamad Syafiq Ismail at-Tauhidi (Ketua Biro Dakwah ABIM) dan Sdra. Adli Zakuan Zairakithna (Naib Presiden ABIM) turut berkongsi tulisan Almarhum Syeikh Sa’id Ramadan, “Tiga Masalah Terbesar dalam Dunia Islam” dan buku “Zaman Kesedaran: Memikir Kembali Wacana Islamis Dan Krisis Timur Tengah” tulisan Syeikh Dr. Muhanna al-Hubail yang diterbitkan oleh ABIM Press.

Mereka hadir sempena Majlis Peluncuran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun Karya Sasterawan Negara ke-4, Datuk Seri A Samad Said. DSAI dan DS Wan Azizah juga sempat menyambut hari lahir Sasterawan Negara Ke-13, Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Turut bersama adalah Sasterawan Negara Ke-12, Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) dan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Mereka juga berkesempatan singgah ke beberapa ruang reruai lain seperti IDE, Ilham Books dan Nuha Books Garasi TV. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala memberikan kita segala kebaikan di dunia dan di Akhirat. Aamiin.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR