DU:AT Inovasi Pendidikan Alternatif ABIM Selangor Untuk Masyarakat

January 10, 2017
editor-media

3 Januari 2016, Sijangkang, Selangor D.E :- Darul Ummah : Akademik Tahfiz telah memulakan kembali operasi bersempena dengan sessi persekolahan baru untuk tahun 2017. Komponen Tahfiz diprogramkan untuk generasi muda berteraskan pendidikan Al-Quran dan asas agama serta bertujuan untuk menampung keperluan pendidikan Islam anak-anak. 

Prinsip pendidikan di DU:AT akan memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sentiasa dalam kerangka Keislaman, Keilmuan, Kemasyarakatan dan Kenegaraan. Empat kerangka ini akan menjadi kompas penting, guru dan murid dalam melahirkan kualiti Daie yang punya pandangan sarwa (worldview) yang kompeten dalam abad ke-21.Kurikulum DUAT mempunyai tiga komponen utama, iaitu komponen Tahfiz, komponen Akademik, dan komponen Nilai dan Kemahiran.

Ketiga-tiga komponen ini merupakan komponen wajib dipelajari melalui mata pelajaran tertentu atau merentasi komponen. Pada ketika ini, kemasukan ke DU:AT terhad dari darjah satu sehingga darjah tiga sahaja. Insya’Allah ruang pendidikan untuk masyarakat akan dikembangkan menerusi Kompleks Darul Ummah yang sedang diusahakan proses pembangunannya.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR