Ramai Tokoh Dakwah Dilahirkan ABIM Kedah Sepanjang 45 Tahun Penubuhannya - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Ramai Tokoh Dakwah Dilahirkan ABIM Kedah Sepanjang 45 Tahun Penubuhannya

7hb Januari 2016 (Sabtu): Alhamdulillah, telah diadakan Majlis Peluncuran Sambutan 45 Tahun ABIM Kedah bersama Presiden ABIM, dengan penuh kesyukuran di Dewan Ukir Mall, Alor Setar. Selain Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, turut hadir ialah Dato’ Ahmad Kasim (Pengerusi Majlis Syura Kedah); Ustaz Zul Azri Mohd Sani (Azri Sani) – YDP ABIM Kedah; serta para pimpinan, aktivis serta petugas jamaah WADAH-ABIM-PKPIM Kedah.

Almarhum Dato’ Ustaz Haji Fadzil Muhammad Noor (bekas Presiden PAS dan pernah memangku jawatan Presiden ABIM), Almarhum Tuan Guru Syeikh Nia’mat Yusoff (antara pengasas sekolah Islam ABIM – sekadar menyebut beberapa nama) adalah antara tokoh-tokoh ABIM yang berjasa, bukan hanya kepada penduduk Kedah, tetapi kepada dakwah Islamiyyah secara umumnya.

ABIM Kedah memulakan penubuhannya dari serambi rumah Ustaz Syeikh Nia’mat Yusoff di Batu 2, Sungai Korok, Alor Star pada 1970. Sementelah, ABIM Kedah ditubuhkan pada 16hb Disember 1972 dengan menggunakan premis Balai Islam di Pengkalan Kapal, Alor Setar. Kini, Kompleks Pendidikan Al-Hikmah Alor Setar menjadi mercu tanda baru pusat gerakan jamaah di Kedah