










EXCO ABIM SARAWAK RANGKUL JOHAN APBN 2021 KATEGORI INDIVIDU LELAKI
6hb November 2021: Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sdra. Muhammad Zhariff bin Azhari, Exco Pendidikan ABIM Sarawak 2021/2022 merangkap Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) Negeri Sarawak atas kejayaan merangkul Johan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2021 bagi Kategori Individu Lelaki.
Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Encik Snowdan Lawan, Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak di Hotel Grand Margherita.
Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada seluruh belia di Sarawak untuk mencontohi kepimpinan serta kesungguhan beliau dalam menggerakkan pertubuhan belia. Juga, semoga beliau dapat mengekalkan momentum kejayaan serta meningkatkan usaha ke arah mencapai misi dan matlamat organisasi pada masa hadapan.
Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio
#MenggerakBelia #DekadIniDekadAnda #ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti
