Exco Penerangan ABIM Berdebat Dengan Duta Sweden Mengenai Hak Asasi Manusia

January 12, 2017
editor-media

18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang diperjuangkan oleh WADAH-ABIM-PKPIM; Saudara Adli Zakuan Zaira (Exco Penerangan ABIM Pusat), tampil dalam program debat dengan topik “Human Rights: Sweden and Malaysia Experiences”.

Beliau tampil di pentas debat bersama Yang Terutama Dag Juhlin-Dannfelt, Duta Sweden ke Malaysia anjuran Institut Pemikiran Dr Mahathir, Universiti Utara Malaysia bersempena Hari Hak Asasi Manusia 2016. Saudara Adli mengupas berkenaan hubung kait agama dan kebudayaan terhadap perlaksanaan hak asasi manusia; khususnya berkenaan konsep keadilan dalam Islam.

Beliau menegaskan bahawa, “Hak asasi manusia sangat penting untuk kita; sebagaimana kita perlukan udara, air dan sebagainya. Hak asasi membolehkan seseorang insan berfungsi sepenuhnya sebagai manusia. Penindasan terhadap hak asasi manusia; adalah penindasan kemanusiaan dalam jiwa insan.”

Para pendebat berkongsi pendapat dalam hal kepentingan perlaksanaan good governance atau tatakelola yang baik dalam sesebuah pemerintahan; serta bagaimana hak asasi manusia dan pertanggungjawaban saling berikat rapat. Tonton video penuh debat ini:-

 

 

KETUA BIRO PENERANGAN ABIM TAMPIL DALAM DEBAT HAK ASASI, BERSAMA DUTA SWEDEN 18hb Disember 2016 (Ahad): Alhamdulillah, bersesuaian dengan agenda Kebangkitan Islam Jilid 2 yang diperjuangkan oleh WADAH-ABIM-PKPIM; Saudara Adli Zakuan Zaira (Exco Penerangan ABIM Pusat), tampil dalam program debat dengan topik “Human Rights: Sweden and Malaysia Experiences Beliau tampil di pentas debat bersama Yang Terutama Dag Juhlin-Dannfelt, Duta Sweden ke Malaysia anjuran Institut Pemikiran Dr Mahathir, Universiti Utara Malaysia bersempena Hari Hak Asasi Manusia 2016 Saudara Adli mengupas berkenaan hubung kait agama dan kebudayaan terhadap perlaksanaan hak asasi manusia; khususnya berkenaan konsep keadilan dalam Islam Beliau menegaskan bahawa, “Hak asasi manusia sangat penting untuk kita; sebagaimana kita perlukan udara, air dan sebagainya Hak asasi membolehkan seseorang insan berfungsi sepenuhnya sebagai manusia Penindasan terhadap hak asasi manusia; adalah penindasan kemanusiaan dalam jiwa insan.” Para pendebat berkongsi pendapat dalam hal kepentingan perlaksanaan good governance atau tatakelola yang baik dalam sesebuah pemerintahan; serta bagaimana hak asasi manusia dan pertanggungjawaban saling berikat rapat.

A photo posted by Official Instagram ABIM (@abim.malaysia) on

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR