Forum Peduli Uighur Gesa Dunia Lihat Isu Penindasan Etnik Uighur Dari Segi Kemanusiaan

July 19, 2022
editor@abim

FORUM PEDULI UIGHUR GESA DUNIA LIHAT ISU PENINDASAN ETNIK UIGHUR DARI SEGI KEMANUSIAAN

7hb Julai 2022 (Khamis): Alhamdulillah, telah berlangsung satu Forum Kemanusiaan Peduli Uighur bersama Ahli Parlimen Malaysia dan Pemimpin Badan Masyarakat Madani (CSO) anjuran ABIM Pusat dan Pejabat Parlimen Setiawangsa (YB Nik Nazmi Nik Ahmad) di Hotel Melia, Kuala Lumpur.

YB Nik Nazmi menyatakan bahawa isu melibatkan etnik Uighur harus dilihat dari sudut kemanusiaan dan hak asasi manusia. Beliau menjelaskan, Malaysia mempunyai pengalaman dalam memperjuangkan isu kemanusiaan dan hak asasi manusia untuk rakyat Palestin dan Bosnia.

Sementara itu, Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz menjelaskan, pembunuhan etnik terhadap Uighur tidak harus didiamkan. “Pembunuhan etnik memang berlaku dengan cara wanita-wanita Uighur dipaksa untuk menggugurkan kandungan dan wanita yang muda dipaksa mengambil ubat yang boleh menjejaskan kandungan. Ini juga merupakan sebahagian dari pembersihan etnik yang perlu dilihat dengan lebih serius kerana ia memang berlaku,” katanya.

Forum yang dijalankan secara dalam talian dan fizikal telah dihadiri oleh lima Ahli Parlimen iaitu YB Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Setiawangsa), YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS- Sik), YB Rusnah Aluai (PKR- Tangga Batu), YB Syed Ibrahim Syed Noh (PKR-Ledang) dan YB Maria Chin Abdullah (PKR-Petaling Jaya).

Kejayaan kecil ini adalah satu perkembangan awal ke arah penubuhan Kaukus Parlimen yang bersifat rentas parti politik khusus isu Uighur dan kemanusiaan antarabangsa.

Dalam forum ini turut dilancarkan buku “Neraka Komunis: Kisah Benar Kaum Muslim Uyghur Di Belakang Tabir Besi” terbitan ABIM Pusat.

Terdahulu, pada 5hb Julai 2022 (Selasa), para aktivis ABIM serta wakil daripada 51 buah Badan Masyarakat Madani (CSO) berarak menghantar bunga raya dalam pasu dan patung beruang panda sebagai simbolik, beserta memorandum kepada Kedutaan Besar China di Jalan Ampang sebagai simbolik keamanan.

#SaveUyghur #PeduliUighur #MeTooUyghur

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR