Forum 'Persefahaman Antara Agama Perkukuh Kesepaduan Sosial' - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Forum ‘Persefahaman Antara Agama Perkukuh Kesepaduan Sosial’

Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri menjemput mereka yang berminat untuk menyertai forum bertajuk ‘Persefahaman Antara Agama Perkukuh Kesepaduan Sosial’ pada 21 September 2022 (Rabu), 10 pagi – 1 tengah hari di Institut Asia Eropah, Universiti Malaya.

Forum yang akan diadakan bersempena Bulan Kebangsaan ini akan menampilkan pemimpin-pemimpin daripada pelbagai persatuan dan gabungan keagamaan untuk membincangkan aspek-aspek persamaan dalam pelbagai agama dan budaya yang dapat memperkasa kesepaduan sosial, sekaligus menjadi benteng untuk mencegah fahaman ekstremisme ganas di Malaysia.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://forms.gle/serBmzkpwESmbTGA8

Terima kasih dan jumpa anda di sana!

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti