Gerobok Sedeqah Inovasi Khidmat Masyarakat Terbaru AYG

February 21, 2017
editor-media

18 Februari 2017, Bangi:- ADAB Youth Garage dengan kerjasama ABIM Daerah Bangi telah melancarkan projek “Gerobok Sedeqah”. Bertempat di premis ADAB Youth Garage di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Gerobok Sedeqah membolehkan individu-individu yang memerlukan mendapatkan barang keperluan dapur di “gerobok” yang disediakan. Barang-barang keperluan tersebut diterima dalam bentuk sumbangan daripada masyarakat.

Bagi individu atau keluarga yang bekeperluan, sila kunjungi tempat kami. Boleh ambil dalam kuantiti yang diperlukan pada bila-bila masa. Kepada yang ingin menyumbang boleh datang terus ke tempat kami dan tinggalkan barang di Gerobok yang disediakan atau hubungi no tel dibawah. Alamat: ADAB Youth Garage, No. 15 Jalan 1/4A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi (bersebelahan Pasar Basah Sek 1) Hubungi: 013-275 0537 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR