GPM Anjur Misi Peduli Yaman, Santuni Para Asnaf Yang Memerlukan Di Sana

February 10, 2022
editor@abim

GPM ANJUR MISI PEDULI YAMAN, SANTUNI PARA ASNAF YANG MEMERLUKAN DI SANA

Alhamdulillah, pada 19hb Januari 2022, 3 orang wakil dari tim Global Peace Mission (GPM) Malaysia memulakan perjalanan bagi Misi Peduli Yaman 2022 bersama 2 orang wakil dari tim MyFundAction. Sesampai di sana, para aktivis memulakan lawatan di Seiyun, Yaman, iaitu ziarah sekolah pendidikan khas untuk anak-anak syndrome down dan anak-anak yang lambat membaca.

Selain itu, pemberian sumbangan one-off GPM kepada mudirah sekolah untuk alat bantu mengajar sebanyak U$D300. Mereka turut menziarahi sayap wanita Human Acces bagi melihat program yang diaturkan untuk para wanita, bertukar pandangan berkenaan perkahwinan kanak-kanak, berbincang soal perceraian yang berlaku begitu banyak di Seiyun kerana kahwin di usia remaja dan kepentingan berkahwin di usia matang.

Mereka turut melawat Madrasah Taklim Al Quran Darul Iman. Serahan sumbangan kepada guru muda madrasah sebanyak U$D100 dan U$D100 untuk kegunaan sekolah. Pelbagai bentuk bantuan lain turut disalurkan bagi menyantuni anak-anak kecil yang kesejukan.

Ayuh bersama membantu saudara kita di Yaman mengharungi musim sejuk yang boleh membunuh ini.


Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmudanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR