Oleh: Syahrir Azfar Bin Saleh, Ketua Pegawai Operasi, Global Peace Mission (GPM) Malaysia
Kita berjanji untuk hadapi pandemik ini bersama. Minggu lepas kami di Hospital Kuala Lumpur bersama Pertubuhan Buddhist Tzu Chi menyerahkan beberapa peralatan hospital untuk pesakit Covid-19.
Hari Isnin lepas kami di Hospital Kuala Lumpur sekali lagi menyerahkan 21 buah katil mudah alih untuk kegunaan Bahagian Kecemasan dan Trauma.
Hari ini kami ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang juga bagi penyerahan 30 buah katil mudah alih untuk Bahagian Kecemasan dan Trauma.
Kami saksikan sendiri keadaan di HTAR yang sudah melimpah sehingga keluar. Keadaan di HKL yang selang beberapa minit sahaja beberapa buah ambulans sampai membawa pesakit.
Mereka tidak wajar dirawat di atas lantai atau dibiar tidur atau berehat hanya di atas lantai. Mereka ini ibu ayah kita, keluarga saudara mara kita.
Esok kami akan ke Hospital Selayang pula. Menyantuni keperluan peralatan di Wad Kanak-kanak Pesakit Covid-19.
Waktu ini bukan waktu menunding jari siapa yang patut bertanggungjawab.
Waktu ini waktu kita mendakap erat perjuangan selamatkan negara.
We do our part. Bismillah.
Sumbangan untuk bantuan kepada hospital boleh dibuat melalui :
https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/
https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/
https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/
*MY SOLIDARITY COVID-19 FUND #SupportFrontliners*
Peningkatan penularan kes Covid-19 di negara ini telah sampai ke peringkat kritikal. Kapasiti hospital-hospital dan juga fasiliti kesihatan berada di tahap yang membimbangkan melebihi 100%.
Hospital-hospital yang menangani kes-kes Covid-19, merayu sumbangan pelbagai tambahan alat-alat dan keperluan perubatan seperti Katil Hospital termasuk Katil Wad ICU, Ventilator untuk ICU dan yang bergerak, Kanula Hidung, Pam Infusi dan Picagari termasuk Pelitup Muka N95.
Perikatan Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Malaysia (ACCIN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Pertubunan IMAN, Pertubuhan Buddhist Tzu-Chi Malaysia serta pimpinan 20 NGO pelbagai agama, telah bersetuju untuk menggerakkan satu usaha mega, masyarakat sivil, merentas kaum dan kepercayaan bagi menggerakkan usaha memenuhi keperluan mendesak bagi menangani penularan Covid-19 di Malaysia.
Justeru, inisiatif ini memerlukan dokongan dan juga sokongan dari semua pihak sebagai tanda sokongan kita bersama kepada frontliners kesihatan yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan lebih banyak nyawa.
*JENIS BANTUAN*
1. ICU Ventilator
2. Portable Ventilator
3. High Floor Nasal Cannula
4. Bed Hospital
5. ICU Bed
6. Syringe Pump
7. Infusion Pump
8. N95 Mask
Ayuh, hulurkan sumbangan tanda sokongan buat Fronliners!
.
Mudah-mudahan amal sedekah para dermawan dalam usa
ha memudahkan urusan fronliners kita akan beroleh ganjaran yang berlipat ganda. Insya-Allah!
.
****.
Pilih 3 langkah
TERBAIK
untuk berkongsi rezeki bersama mereka:
****
.
1. Klik terus link di bawah sumbangan dalam talian:
.
https://jomsedekah.com/donations/supportfrontliners/
.
2. Kini Lebih mudah juga melalui #JomPay:
biller code : 29058
Ref 1: Nama
Ref 2 : Support FL
.
3. ATAU pindahan/deposit wang tunai ke akaun bank Global Peace Mission:
Bank Islam: 14-023-01-002-922-4
Maybank Islamic: 5642-2161-1602
Affin islamic: 1051-9000-2871
CIMB islamik: 8603-5325-13
.
Rujukan: Support FL
.
Maklumat Perhubungan:
Pejabat Global Peace Mission (Malaysia) : +603-41443441
Unit Pendermaan : +6019-2411987
Email : donation@gpm.com.my
.
Salam hormat dari kami.
Tim Global Peace Mission Malaysia
“Misi Kemanusiaan Merentasi Sempadan”
“Anda Sumbang Kami Sampaikan”
————————–
Ikuti Laman Sosial GPM
————————–