Orang Melayu Terjejas Dengan GST

April 29, 2015
editor-media

29 April 2015:- Orang Melayu Melayu terjejas dengan GST. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan, berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan terjadinya “tsunami Melayu” yang diutarakan menjelang PRU 14 kelak. Kemungkinan ini diutarakan oleh seorang mantan kabinet baru-baru ini. Menurut beliau, dari segi pelaksanaan GST, orang Melayu tergolong dalam kategori pengguna majoriti dan juga pengguna akhir, yang sebahagian besar tidak dapat menuntut kembali cukai yang dibayar seperti dilakukan sebahagian peniaga.

Pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL) itu berkata, GST memang memberi kesan kepada mahasiswa yang dipotong pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) mereka bermula Januari tahun ini. Beban yang sama turut dirasai belia Melayu yang baru berumah tangga untuk memulakan kehidupan mereka. “Golongan muda ini merasakan pendekatan dibawa kerajaan Umno BN tidak memberikan kebaikan maksima buat mereka,” tegas Amidi. Sumber: The Malaysian Insider

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR