Guru Pelatih Maut Terkena Renjatan Ketika Misi Bantuan Banjir - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Guru Pelatih Maut Terkena Renjatan Ketika Misi Bantuan Banjir

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ke Rahmatullah – Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Almarhum Saiful Asyraf Mukhtar Saiful Khair pada 12hb Mac 2023 di Hospital Segamat, Johor.

Almarhum merupakan sukarelawan yang turun membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di sebuah sekolah di Segamat dan dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan misi bantuan banjir.

Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah