Hanya berlatih 4 hari, kelab dari Terengganu ini muncul juara kejohanan bola sepak pantai di Thailand - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Hanya berlatih 4 hari, kelab dari Terengganu ini muncul juara kejohanan bola sepak pantai di Thailand

UCAPAN TAHNIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada skuad Markless Komii dari Terengganu, yang muncul Juara AFF Beach Soccer Festival 2021. Kelab bimbingan Wan Adremy Indera Wan Adnan tersebut pergi dengan biaya sendiri hanya sempat berlatih selama 4 hari sebelum terbang ke Pantai Pattaya, Chonburi Thailand.

Pasukan dari Terengganu itu muncul juara apabila mengekalkan rekod tanpa kalah setelah mengatasi lawan Thailand A, Thailand B dan All Star Inter dalam semua perlawanan yang diadakan secara liga sepusingan bermula dari 7hb hingga 11hb November lalu.

Dua pemain skuad tersebut juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan iaitu Nor Azman serta Zaharim sebagai Penjaring Terbanyak kejohanan jemputan tersebut.

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sewajarnya mengambil langkah yang lebih proaktif, tersusun dan teratur bagi membangunkan sistem yang baik bagi memastikan usaha memartabatkan sukan bola sepak pantai dapat direalisasikan.

Hal ini termasuklah membabitkan pengurusan liga peringkat kebangsaan, pemilihan pemain, jurulatih serta tempat latihan yang lebih baik.

Sebagai rekod, ranking bola sepak pantai pasukan Malaysia adalah nombor 77 dunia. Manakala ranking di ASEAN pula, nombor 1. Semoga satu hari nanti skuad negara dapat beraksi cemerlang pula dalam Piala Dunia FIFA Bola Sepak Pantai, insya Allah. Tahniah!

#DemiMalaysia #BangsaMalaysia #BangkitBersama