
14 sehingga 15 Mei 2026 – Alhamdulillah, Sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini menampilkan kelainan melalui penganjuran program Belia Beriktikaf & Semarak Subuh 2026 bertempat di Masjid Sri Sendayan, Seremban.
Pengisian ini diadakan bagi menghimpunkan para belia untuk sama-sama mengimarahkan rumah Allah dalam suasana yang santai namun tetap sarat dengan pengisian di samping mengeratkan ukhuwah bersama warga setempat.

Beberapa pengisian menarik disusun antaranya ialah aktiviti solat berjemaah, qiamullail, sesi Resensi al-Mulk bersama personaliti dakwah PU Riz, serta slot Santapan Rohani yang menampilkan Senator Dr. Jufitri Joha (Tokoh Belia 2014) dan Dr. Shamsul Azhar Yahya (Tokoh Belia Negeri Sembilan 2007).

Perkongsian daripada dua tokoh ini mengupas isu, cabaran, serta hala tuju masa depan generasi muda masa kini. Turut diadakan penganjuran Pertandingan Video Dakwah Belia Masjid bagi merai bakat kreatif belia dan media sosial.
Semoga program ini menjadi titik positif membentuk belia Madani yang seimbang; duniawi dan ukhrawi.
