HELWA ABIM HADIRI MAJLIS PELANCARAN DASAR DAN PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL KEBANGSAAN (PEKERTI)







HELWA ABIM HADIRI MAJLIS PELANCARAN DASAR DAN PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL KEBANGSAAN (PEKERTI)
8hb September 2022: Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur Majdina Nordin telah mewakili ABIM sebagai rakan kerjasama strategik kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam usaha menjayakan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) di bangunan KPWKM.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran khususnya golongan remaja mengenai isu kesihatan reproduktif dan kaitannya dengan pelbagai gejala sosial.
Rumah Perlindungan Bayt al-Rahmah mencapai kapasiti maksimum, dan rumah perlindungan lain juga mengalami isu yang sama, di mana banyak panggilan memohon kemasukan anak gadis mereka yang hamil, tetapi terpaksa ditolak kerana telah melebihi kapasiti maksimum.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/