HELWA ABIM RANAU ANJUR SIRI ASUH BIMBING DIDIK ANAK-ANAK (SABDA) - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

HELWA ABIM RANAU ANJUR SIRI ASUH BIMBING DIDIK ANAK-ANAK (SABDA)

HELWA ABIM RANAU ANJUR SIRI ASUH BIMBING DIDIK ANAK-ANAK (SABDA)

6hb Ogos 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, bertempat di Dewan Serbaguna Perpustakaan Ranau, telah berlangsung Siri Asuh Bimbing Didik Anak-Anak (SABDA V2), anjuran HELWA ABIM Ranau dengan kerjasama HELWA ABIM Negeri Sabah.

Seramai 97 orang peserta yang terdiri daripada ibu dan anak-anak yang menyertai program ini.

Sebuah program yang menerapkan cara mendidik anak-anak mengikut acuan Rasulullah pada era teknologi masa kini. Ahli panel yang cukup berpengalaman telah mengupas Forum yang bertajuk “Berdikari Sebagai Alat Kelangsungan Hidup” iaitu Puan Hjh Faridah Binti Abu Bakar Titingan dan Ustaz Hj Kasminin Hamzah.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Hj Faimin Bin Kamin.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti