



HELWA ABIM SABAH ANJUR DERMAGA DI TIMBANG, KOTA BELUD, SABAH
4hb Oktober 2022: Alhamdulillah, telah berlangsung Program Diriku Permata Berharga (DERMAGA) di Sekolah Kebangsaan Timbang, Kota Belud, Sabah.
DERMAGA – Diriku Permata Berharga merupakan modul pendidikan seksualiti/kesihatan reproduktif yang dibangunkan oleh ABIM bagi memberikan kefahaman kepada pendidikan seumpamanya khusus kepada remaja (DERMAGA) dan kanak-kanak (TUNAS DERMAGA).
Ia melatih dan mempersiapkan barisan jurulatih (trainer) dengan pengisian-pengisian berkaitan remaja, serta menjadi kumpulan sokongan (support system) masyarakat.
Semoga Allah sentiasa memandu, memelihara dan mempermudah urusan anak-anak ini menuju masa hadapan masing-masing kelak.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti
