Helwa ABIM Terima Kunjungan Sister In Islam Dan Women's Centre For Change. - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Helwa ABIM Terima Kunjungan Sister In Islam Dan Women’s Centre For Change.

19hb Ogos 2016 (Jumaat): Alhamdulillah ala kulli hal. Pada hari ini, Angkatan Belia Islam Malaysia menerima kunjungan daripada Sisters in Islam (SIS) dan Women’s Centre for Change (Pulau Pinang). Diskusi berkisar isu perkahwinan kanak-kanak dan isu-isu penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak di Malaysia. Seputar isu perundangan dan hak wanita dan kanak-kanak menjadikan misi pendidikan dan advokasi menjadi fokus utama perbincangan. Aktivis undang-undang Syariah yang juga Ketua Hal Ehwal Wanita (HELWA) dan Naib Presiden ABIM, Puan Fadhlina Siddiq menyatakan bahawa, “Bagi pihak HELWA ABIM, saya mengalu-alukan lebih banyak NGO datang ke pejabat kami dan melihat hasil kerja kami dalam isu wanita, kanak-kanak dan perundangan Islam.” Terima kasih juga buat Dato’ Ismail Yahya yang hadir bersama SIS juga team Helwa Pusat, Helwa Abim Mesir, Hewi Pkpim dan Institut Darul Ehsan di atas sumbangan buku.