UCAPAN TAKZIAH
Dukacita dimaklumkan telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Tuan Hj Mohd Asri Abdul, mantan Pengerusi WADAH Wilayah Persekutuan dan Mantan Yang Dipertua ABIM Wilayah Persekutuan. Seorang yang sangat optimis dan bersemangat.
Tanggal 18hb Mei 2022, kembalilah beliau ke pangkuan Ilahi. Meninggalkan dunia yang penuh dugaan ini. Moga Allah Subhanahu wa-Ta’ala tempatkan Almarhum dalam kalangan orang beriman. Dan jasa, sumbangan serta kebaikan beliau akan terus hidup dan disebut-sebut menjadi saham akhirat insya-Allah.
Hj Mohd Asri juga adalah mantan Pengerusi Islamic Outreach ABIM Wilayah sekitar lewat 90an dan mantan Exco ABIM Pusat.
Almarhum telah menempa pahit getir dalam perjuangan dan pada akhir sekali pertarungan dengan penyakit barah yang dihidapinya.
Apabila “Memberi bantuan itu; bererti memberi manfaat kepada orang lain.” pesan Almarhum Hj. Asri, juga mantan CEO Global Peace Mission (GPM) Malaysia pada 23hb Februari 2021.
Jenazah diuruskan di Masjid Jami’ Ul-Huda Kampung Melayu Ampang sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Ukay Perdana.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.