
22-24 Ogos 2025 – Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Takmir Pendidikan ABIM (TPA) atas penganjuran Ihtifal (Akademik) Kebangsaan Sekolah-Sekolah ABIM (IKSA-TPA) kali ke-XXIV yang telah berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.
Tahniah juga kepada semua para pelajar yang telah menyertai pelbagai pertandingan yang telah dianjurkan sepanjang ihtifal. Moga segala usaha dan pengalaman yang ditimba sepanjang pertandingan menjadikan para pelajar semua lebih berkeyakinan dan berdaya usaha. Menang atau kalah, anda semua telah membanggakan ibu bapa dan sekolah.

Terima kasih kepada semua guru-guru yang membimbing serta ahli jawatankuasa yang telah menjayakan program ini. Moga diberkati Allah SAW atas segala usaha yang dicurahkan.

