Ihtifal Kebangsaan Sekolah-Sekolah ABIM (IKSA) Kali Ke-20, Berlangsung Dengan Jayanya - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Ihtifal Kebangsaan Sekolah-Sekolah ABIM (IKSA) Kali Ke-20, Berlangsung Dengan Jayanya

IHTIFAL KEBANGSAAN SEKOLAH-SEKOLAH ABIM (IKSA) KALI KE-20, BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

14hb November 2021: Alhamdulillah, telah berlangsung Ihtifal Kebangsaan Sekolah-Sekolah ABIM (IKSA) Kali Ke-20, di Bangi Convention Centre (BCC).

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi di atas limpah kurnia-Nya, dan diucapkan tahniah kepada semua peserta, ibu bapa serta guru pembimbing yang telah berusaha sehabis baik dalam melatih dan membimbing para peserta IKSA kali ke-20.

Didoakan semoga murid-murid dilimpahi dengan kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak, khususnya buat guru pembimbing yang sudi berkorban masa membuat latihan, ibu bapa yang sangat memberikan sokongan dan galakan serta para peserta yang sentiasa bersungguh-sungguh berlatih sehingga ke tahap yang membanggakan.

Insya Allah, kita usaha untuk IKSA yang akan datang.

TAHNIAH & SYABAS!

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

#PembentukanInsanSolehdanMusleh