Ihtifal Sukan 2017 Meriah Dengan Semangat Kesukanan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Ihtifal Sukan 2017 Meriah Dengan Semangat Kesukanan

17hb Mac 2017 (Jumaat): Alhamdulillah, telah berlangsung Perasmian Majlis Ihtifal (Sukan) Kebangsaan SERI/SEMI Kali Ke-17 (Yayasan Takmir Pendidikan) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Hadir merasmikan program ialah YB Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-tugas Khas, yang mewakili Menteri Besar Pahang.

Sekolah Rendah dan Menengah Islam ABIM (SERI dan SEMI) merupakan institusi kerakyatan yang dibangunkan bersama Taman Asuhan Kanak-kanak Islam ABIM (TASKI), Tahfiz ABIM serta Kolej dar al-Hikmah (KDH) dengan memperjuangkan konsep Pendidikan al-Hikmah.

Alhamdulillah, Majlis Ihtifal (Sukan) Kebangsaan SERI/SEMI Kali Ke-17 (Yayasan Takmir Pendidikan) turut diserikan dengan kehadiran Presiden ABIM,Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim yang meluangkan masa meninjau-ninjau acara yang diadakan di samping memberi sokongan moral kepada peserta dan ahli jawatankuasa ihtifal. Sukan dan rekreasi tidak pernah dipinggirkan dalam kamus perjuangan. Malahan, Rasulullah SAW sendiri menggalakkan Ummat agar aktif beriadah, untuk rohani dan jasmani yang sihat.