Ikhwan Muslimin Pelopori Kebangkitan Di Mesir - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Ikhwan Muslimin Pelopori Kebangkitan Di Mesir

18 Jun 2012 – Prof Dato’ Dr. Mohamad Redzuan Othman menegaskan perubahan politik yang melanda Mesir pada ketika ini segalanya berakar daripada gerakan kesedaran oleh Ikhwan Muslimin. “Ikhwan Muslimin telah menyerahkan ramai para pemimpinnya sepanjang perjuangan pertubuhan tersebut. Namun Ikhwan Muslimin tetap berperanan selaku kuasa politik berpengaruh yang membayangi kemunculan parti-parti politik lain (selain parti pemerintah) di Mesir,” jelas beliau ketika ditemuramah mediabim semalam berhubung dengan perkembangan terbaru politik Mesir pada ketika ini, yang menyaksikan Mohamad Morsi telah memperolehi undi majoriti sebagai Presiden Mesir.

 

“Memang kita tidak menafikan kebangkitan rakyat di Medan Tahrir 2011 dicetuskan oleh golongan muda, tetapi dalam masa yang kita jangan lupakan sumbangan Ikhwan Muslimin yang tetap konsisten memainkan peranan sebagai kuasa politik utama meskipun dibayangi oleh pemerintahan dictator yang didukung golongan tentera,” jelas Prof Dato’ Dr Mohamad Redzuan yang banyak melakukan analisis politik berkenaan perkembangan politik yang berlaku di Timur Tengah dan Turki.

Di akhir temubual tersebut, Prof Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman mengatakan bahawa pemerintah baru Mesir (yang dipilih menerusi pilihanraya parlimen dan presiden) perlu berhadapan dengan institusi ketenteraan yang sentiasa membayangi perjalanan politik di Mesir.  Untuk ikuti rakaman penuh analisa politik Mesir sila klik link video di sini.