INFAQ @ ABIM

December 17, 2015
editor-media

 

 

 

KEMPEN INFAQ@ABIM

Bismillahirrahmaanirrahiim.

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan”. – Surah Al-Baqarah 245

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan rasa penuh syukur dan rendah diri melancarkan kempen Infaq@ABIM bagi memberi ruang kepada anda yang budiman menyalurkan infaq, sedeqah atau zakat melalui ABIM.

Sepanjang 43 tahun penubuhannya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sentiasa bersungguh- sungguh dalam gerak kerja yang merangkumi pelbagai sektor serta lapangan seperti berikut :

1. Pembangunan sosial dan kebajikan

2. Pendidikan, latihan pembentukan kepimpinan dan keperibadian

3. Dakwah kepada golongan bukan Islam

4. Misi-misi kemanusiaan di dalam dan luar negara

Untuk sama-sama menjayakan misi serta agenda murni ini, sekali lagi saya menyeru kepada penyumbang-penyumbang budiman sama ada individu perseorangan, institusi-institusi kerajaan, korporat serta swasta, dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memenuhi keperluan kewangan dalam melaksanakan program-program yang akan digerakkan.

Sesungguhnya agenda Membina dan Membangun Khayra Ummah ini adalah agenda kita bersama dan ABIM menyatakan komitmen untuk memastikan setiap sumbangan yang disalurkan akan dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi mencapai agenda tersebut. Sekian, saya akhiri dengan jutaan terima kasih, jazakallahu Khairan Kathira. Wassalam.

“SEJAHTERAKAN MALAYSIA DENGAN DAKWAH‟

Mohamad Raimi Ab Rahim Presiden ABIM Sesi 2015-2017

[Ayuh bersama kami di INFAQ@ABIM]

Salurkan infaq anda ke akaun ABIM : Bank Islam – 1402-3010-0112-19 ATAU

Melalui sumbangan atas talian yang disediakan oleh syarikat billplz.com : https://billplz.com/form/infaq-abim

Sumbangan bulanan melalui auto debit : Whatsapp/SMS ke 0132226057 butiran seperti Nama dan Alamat untuk urusan pengeposan borang Auto Debit. Terima kasih.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo