“Jejak-jejak Pencerahan Umat”: Memoir Tokoh Yang Perlu Dihayati

November 27, 2021
editor@abim

“Jejak-jejak Pencerahan Umat”: Memoir Tokoh Yang Perlu Dihayati

“….Beliau berkemungkinan berpandangan bahawa program pengajian islam kurang relevan dan tidak memberi sumbangan yang berkesan terhadap pembagunan negara.

Demikian persepsi kebanyakkan pegawai tinggi pentadbiran negara terhadap program pengajian Islam.”

“Saya menganggap pandangan sedemikian adalah satu bentuk cabaran pemikiran semasa yang mesti ditangani oleh para pejuang dakwah Islamiyyah.

Cabaran pemikiran yang prejudis terhadap peranan agama dalam pembangunan negara adalah sebahagian permasalahan ketamadunan yang telah diwariskan penjajah ke atas umat islam di Malaysia yang mesti di atasi bersama para aktivis pelajar islam ketika itu.”

“Jejak-jejak Pencerahan Umat” (Ustaz Dr. Muhammad Nur Manuty)


Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Ustaz Dr. Muhammad Nur Manuty atas buku yang menginspirasikan. Perjalanan pejuang dari zaman mahasiswa PKPIM, kemudian ABIM Pusat dan seterusnya WADAH. Pelbagai cabaran yang dilalui mematangkan perjalanan hingga berjaya ke tahap ini.

Ustaz Dr. Muhammad Nur Manuty adalah presiden keempat ABIM dan memimpin ABIM ketika YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Presiden Kedua ABIM) berada dalam Kerajaan.

Beliau terdidik di Temple University dan mendapat didikan daripada Almarhum Prof. Ismail Raji’ Faruqi, Seyyed Hossein Nasr, Fathi Osman, Hasan Turabi selain tokoh tempatan, Prof. Syed Naquib Al-Attas.

Beliau sempat ke American University of Beirut, Lubnan selama setahun sebelum terpaksa pulang disebabkan perang saudara. Beliau ke sana atas saranan Ustaz Dr. Razali Nawawi, Presiden ABIM Pertama dan Dekan Fakulti Pengajian UKM ketika itu.


Dalam buku ini, Ustaz Dr. Muhammad Nur Manuty mendedahkan banyak perkara dan pencerahan tentang pelbagai isu dan peristiwa. Nyata, ini adalah sebuah lagi buku memoir tokoh yang perlu dibaca dan dihayati.

Wajib dimiliki sebagai pedoman dan sumber inspirasi. Dapatkan buku ini di www.ilhambooks.com sebelum kehabisan stok kerana jumlah yang dicetak adalah terhad!

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo