Pagi hingga tengahari tadi bersama dengan pimpinan Abim Negeri Sembilan, sahabat-sahabat MBD Daerah Rembau melaksanakan tugasan penyampaian bantuan Ramadhan 2019 hasil sumbangan dari The Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM).
Pada kali ini pihak AIBIM telah memilih Daerah Rembau sebagai tempat untuk agihan bantuan Ramadhan. Ini adalah usahasama pihak AIBIM dan Abim.
Seramai 200 asnaf telah kita santuni. Sempat melakukan kunjungan ke 5 rumah asnaf untuk menyampaikan bantuan.
Kempen seorang sekampit beras (KSSB) 2019. Catatan : Kamarul Arifin Wafa
—————————–
Begitulah KSSB (Kempen Seorang Sekampit Beras) Abim Pusat dianjurkan tidak hanya memenuhi keperluan mereka yang memerlukan, lebih dari itu mendekatkan golongan yang berkemampuan melunaskan keprihatinan kepada yang sebaliknya.
Kita percaya proses mendidik hati dan emosi serta islah diri dapat dibantu melalui medium usaha kecil ini sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun, dengan cara mendekati dan membantu golongan musthad’afin.
Tahun ke-13 KSSB digerakkan, kita tetap mendoakan agar asnaf dan keluarga berkeperluan yang menerima sumbangan pada tahun ini akan tergolong dalam kalangan yang mampu diberdaya kewangannya dan mampu memberikan sumbangan pada tahun berikutnya.
Teruskan memberi sumbangan ya. Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk;
¤ Wang ringgit boleh disalurkan menerusi akaun : ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA Bank Islam (1402 3010 0305 52)
¤ Atau
tekan link billplz KSSB di bawah ini untuk langsung ke pautan sumbangan: www.billplz.com/kssb
Hubungi terus pihak sekretariat di talian; 017-558 3251