Jihad: Muslim Tidak Harus Salah Pihak Lain Kerana Salah Faham Islam - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Jihad: Muslim Tidak Harus Salah Pihak Lain Kerana Salah Faham Islam

Presiden European Muslim Network Prof Dr Tariq Ramadan berkata, istilah jihad diselewengkan ertinya oleh ramai penganut Islam di dunia akibat kurang faham tentang konsepnya. Masyarakat Muslim tidak harus menyalahkan pihak lain kerana salah faham tentang Islam, sebaliknya mereka sendiri perlu mengamal dan mempamerkan nilai-nilai murni Islam.

Menegaskan demikian, Presiden European Muslim Network Prof Dr Tariq Ramadan berkata sebagai contoh, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu memahami dengan lebih jelas konsep jihad. Buktikan kepada dunia Islam bukan agama yang menggalakkan keganasan, kata beliau.

Profesor Pengajian Islam Kontemporari Universiti Oxford itu berkata istilah jihad diselewengkan ertinya oleh ramai penganut Islam di dunia akibat kurang faham tentang konsepnya.

“Kita perlu jelas wujud dua masalah (dalam jihad). Pertama, ialah salah faham dari segi istilah agama, dan kedua, salah guna konsep berkenaan dari segi politik,” katanya dalam ceramah berjudul “The Quranic concept of jihad and how do we rise above its misinterpretations” (Konsep jihad menurut Al-quran dan bagaimana mengatasi penyalahtafsirannya).

Ceramah itu disampaikan di Persidangan Antarabangsa mengenai Islam Rahmatan Lil’ Alamin bersempena Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di Kuala Lumpur, hari ini. Sejumlah 200 peserta dari 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dari 20 negara menghadiri persidangan itu. – Bernama, 1 Februari, 2015.