Johan qari tilawah 2016, Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia

October 22, 2021
editor@abim

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepergian Almarhum Al-Fadhil Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19hb Oktober 2021 bersamaan 12hb Rabiulawal 1443H lalu.

Kehilangan seorang Permata Al-Quran merangkap Imam yang berilmu dan berakhlak baik, yang meninggal dunia pada hari Sambutan Maulidur Rasul 1443H.

Almarhum merupakan Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-58 tahun 2016. Pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar dalam menyampaikan ilmu Al-Quran.

Almarhum yang berusia 39 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Machang, Kelantan.

Jenazah disolatkan selepas Isyak di Masjid Muhammadi, Kota Bharu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, Kota Bharu selepas itu.

Almarhum dimaqamkan bersebelahan dengan Almarhum ayahandanya yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2005.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR