Juara Dunia Lagi: Bonnie Menang Emas Powerlifting Para Dunia - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Juara Dunia Lagi: Bonnie Menang Emas Powerlifting Para Dunia

Juara Dunia Lagi: Bonnie Menang Emas Powerlifting Para Dunia

Dengan angkatan seberat 210 kilogram (kg), atlet Paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya muncul Juara Dunia sekali lagi dalam Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia. Beliau menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas dalam kategori 72 kilogram (kg).

Beliau berjaya menewaskan jaguh China, Hu Peng (196kg) yang meraih perak dan Ibrahim Shaaban dari Mesir untuk gangsa dengan angkatan 195kg.

Sebelum ini, Bonnie merangkul emas pertama negara pada temasya Paralimpik Tokyo dalam acara 72kg powerlifting dengan angkatan terbaiknya 228kg sekali gus memecahkan rekod temasya itu yang dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg ketika di Rio 2016.

Untuk rekod, selain Bonnie, atlet lain yang akan turut menyertai pertandingan di Georgia adalah Jong Yee Khie (107kg),Wan Nur Azri Wan Azman (97kg), Nicodemua Manggoi Saad (88kg), Bryan Junency Gustin (80kg) manakala Sona Agon (73kg) pula menjadi wakil tunggal negara bagi kategori wanita.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Bonnie Bunyau! Sebuah hadiah yang bermakna buat seluruh komuniti OKU Malaysia bersempena Hari OKU Sedunia, 3hb Disember 2021. Padu!

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#DemiMalaysia #BangsaMalaysia #BangkitBersama