#JWC: Malaysia layak ke Suku Akhir Piala Dunia Hoki Remaja di India - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

#JWC: Malaysia layak ke Suku Akhir Piala Dunia Hoki Remaja di India

HOKI PIALA DUNIA REMAJA 2021

Secara rasmi, Malaysia layak ke Suku Akhir Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar, Odisha, India selepas menewaskan Afrika Selatan, 4-3.

Kita akan bertemu Perancis di suku akhir pada 1hb Disember 2021.

Terdahulu, anak buah Wallace Tan berjaya mengikat naib juara remaja dunia edisi lepas, Belgium dengan seri 1 – 1.

Mereka juga membuka saingan pertama mereka dengan langkah kanan selepas menewaskan juara Hoki Remaja Pan-Amerika 2021, Chile 2-1.

Disiplin taktikal bertahan yang padat serta kecekapan penjaga gol remaja Malaysia berjaya menidakkan jaguh remaja dunia lain mengutip mata penuh.

Pencapaian terbaik Malaysia ialah menamatkan saingan di tempat keempat sebanyak tiga kali, iaitu ketika edisi sulung pada 1979, 1982 dan 2013.

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#JWC2021 #MalaysianTigers #Demimalaysia