Kafe ABIM Tawar Khidmat Social Enterprise Untuk Belia Di Sarawak

June 27, 2019
editor-media

Kafe ABIM. Asalnya, ide pembukaan Kafe ABIM ini muncul dalam usrah kami bersama teman-teman di Sarawak. Puncanya, kami mencari apa lagi kaedah dan cara untuk memberikan khidmat kepada masyarakat di samping menambah pendapatan untuk ABIM Sarawak. Kafe ABIM adalah berkonsepkan “belajar keusahawanan bersama-sama”.

Sepenuhnya diurus oleh para belia, Kafe ABIM adalah model “sosial enterprise” oleh ABIM Sarawak. Ramai sekali teman-teman yang menyokong dan mendokong usaha kami ini. Tak mampu diungkapkan satu persatu di sini.

Termasuk bulan Jun ini, sudah dua bulan kami beroperasi. Mohon semua mendoakan kejayaan kami. “Kafe ABIM: Dari Belia untuk Semua”

*Lokasi Kafe ABIM: Kafe ABIM, Bangunan Borneo Housing, Medan Hamizan, Jln. Tun Abdul Rahman Yaakub, Off Lorong Astana 4, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.

Layari Page Rasmi Kafe ABIM

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo