Karnival Cinta Ilmu ABIM Perak Tampilkan Kelainan

April 17, 2019
editor-media

14hb April 2019 Ahad : KARNIVAL CINTA ILMU 2019 di Mydin Meru Ipoh Perak . .

Alhamdulillah. Angkatan Belia Islam Perak (ABIM Perak) terus mensejahterakan bumi Perak dengan Karnival Cinta Ilmu (KCI) kali ke-4 yang berlangsung di MYDIN Meru Mall, Perak. . .

Karnival Cinta Ilmu 2019 dipimpin oleh Saudara Muhammad Saifuddin selaku Pengarah Program KCI merangkap Timbalan YDP ABIM Perak. . . KCI kali ini membawa matlamat mengangkat kesedaran akan kepentingan kewujudan wanita serta memelihara wanita dalam kalangan masyarakat dan mewujudkan rasa penghargaan terhadap lelaki juga wanita. . .

Telah dianjurkan sepanjang satu hari melibatkan kerjasama bersama pihak MYDIN, Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP), Kuasa Minda Consultancy and Training dan Butik Inspirasihana. Sekalung budi juga kepada pihak AiA Ipoh atas penajaan sebuah basikal sebagai hadiah pertandingan mewarna. . .

Juga telah berlangsung Dialog: “Men vs Women” yang disampaikan oleh Brother Firdaus Wong dan Puan Nor Bazilah Abu Bakar. Dialog berkonsepkan santai dapat dilihat berjaya menarik perhatian para penonton sekeliling pentas. 

Aktiviti sebelah petang diikuti dengan pertandingan mewarna serta pengisian tutorial tudung dan shawl bersama peserta muslimah dan non muslimah oleh founder Butik Inspirasihana, Puan Nurul Hana Khairi. Slot selingan daripada beliau mewujudkan suasana syahdu apabila seorang penonton wanita berbangsa cina sudi untuk mencuba memakai tudung.

Forum: “Wanita Bidadari Syurga” oleh Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Mohammad Hafez Bin Ardhi@Ardzi. Forum ini mengupas tentang perilaku wanita yang terbaik serta bagaimana keperluan penyatuan lelaki dan wanita dalam membangun masyarakat. 

Sedari awal penubuhan ABIM, kita konsisten memupuk kepentingan ilmu dalam kalangan masyarakat. Pembawaan mesej melalui Karnival Cinta Ilmu adalah lebih santai dan membina hubungan baik antara setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. . . Semoga bertemu lagi di Karnival Cinta Ilmu akan datang! . .

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR