Karnival Pendidikan ABIM 2014 - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Karnival Pendidikan ABIM 2014

26 September 2014:- ABIM menerusi agensi-agensi pendidikannya telah menganjurkan Karnival Pendidikan ABIM 2014. Program ini dianjurkan julung-julung kalinya untuk mengetengahkan institusi-institusi pendidikan ABIM seperti TASKI, SERI Dan SEMI ABIM kepada masyarakat terutama sekali di sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya. Kebanyakan institusi pendidikan ABIM berpusat di sekitar kawasan ini.

Presiden ABIM, Amidi Abd Manan ketika ucapan perasmiannya mengatakan “ABIM menggerakkan pendidikannya bersama dengan umat. ABIM komited menawarkan kemudahan pendidikan yang berpatutan (dari segi kos yuran pengajian) untuk umat. Kita tidak mahu ada kelompok masyarakat yang tertinggal dari mendapatkan pendidikan Islam. Pendidikan adalah satu kefarduan kepada gerakan dakwah. Ini adalah kerana proses pendidikan merupakan perkara yang wajib dilalui oleh umat Islam. Pendidikan seharusnya menekankan nilai melebihi ko-kurikulum. Konsep kemenjadian amat penting dalam pendidikan. Konsep kemenjadian bermaksud mengajar sampai jadi. Kemenjadian penting untuk meningkatkan kualiti pendidikan. ABIM juga komited ke arah menekankan pengukuhan jatidiri bangsa Malaysia di kalangan 20,000 orang pelajarnya yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan ABIM di seluruh negara.”