angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Kata Pengantar Terakhir USF

TINTA TERAKHIR: KATA PENGANTAR USF

Kata pengantar terakhir yang dikarang oleh al-Fadhil Prof. Dato’ Dr. Ustaz Siddiq Fadzil (USF) rahimahullah ialah yang diterbitkan dalam buku terbitan ABIM PRESS ini.

Kata pengantar kepada kitab alHawi yang disunting oleh al-Fadhil Ustaz Syah Nazrin.

Buku amat bermakna ini telah mengumpulkan karya Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi serta karya-karya yang mengkaji tentang beliau.

Buku dengan sifat fahrasah ini telah mengkatalogkan hampir keseluruhan karya-karya penulisan Syeikh Qaradhawi (300 adalah daripada karya Al-Qaradhawi sendiri, dan lebih 800 karya adalah kajian akademik tentang beliau yang ditulis pengkaji dalam sekurang-kurangnya 13 bahasa).

Pada asalnya USF tidak lagi menerima sebarang jemputan menulis, kerana tidak berapa sihat. Tetapi kerana seronok dan teruja dengan isi kandungan buku ini yang melibatkan Syeikh Qaradhawi, dan katanya kerana diterbitkan oleh ABIM sendiri, maka beliau meluangkan masa untuk menulis pengantarnya.

Rahimahullah USF. kongsi-kongsikan maklumat ini, semoga menjadi amal jariah buat beliau, ilmu yang dimanfaatkan sesudah kepergiannya.

* Perkongsian daripada al-Fadhil Ustaz Syafiq Ismail at-Tauhidi, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat.

** Dapatkan buku-buku bermutu terbitan ABIM PRESS di sini: https://linktr.ee/abimpressmy dan/atau hubungi: +6013-3916299 (Wani).

#ABIMPress #ABIMdiHatiku