KELEBIHAN 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH

July 1, 2022
editor@abim

KELEBIHAN 10 HARI TERAWAL ZULHIJJAH

Salam 1 Zulhijjah 1443 H. Semoga bermula 1 Zulhijjah ini, kita dapat menghayati dan mengamalkan amalan-amalan mulia seperti yang dianjurkan oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.

Daripada Ibnu Umar RadiyAllāhu ‘anhu, Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda yang bermaksud, “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”. (Hadis Riwayat Ahmad, 6154)

Bagi memperoleh ganjaran pahala yang besar untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti, setiap mukmin harus mengambil kesempatan dan peluang pada hari-hari 10 Zulhijjah ini untuk meningkatkan ibadah kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala dan seterusnya menjadi manusia yang dicintai Allah Subhanahu wa-Ta’ala dunia dan akhirat.

Kita digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban bagi sesiapa yang berkemampuan kerana ia merupakan salah satu daripada syiar Islam.

Antara kelebihan ibadah korban ialah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiallahu ‘anha, Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda maksudnya; “Tidak ada amalan anak Adam daripada amal di hari Raya Udhiyah yang lebih disukai oleh Allah daripada mengalirkan darah binatang korban. Sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya dan rambutnya serta kuku-kukunya dan sesungguhnya darah korban akan diterima oleh Allah sebelum daripada menitisnya darah korban di bumi.” (Hadis Riwayat Tirmizi, 1493)

Bersempena bulan Zulhijjah, kami berbesar hati menghadiahkan sebuah e-buku percuma untuk manfaat kita bersama. E-buku ini adalah tentang fadilat 10 hari awal Zulhijjah yang dikarang secara ringkas tetapi bermanfaat oleh Shaykh Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī Ḥafiẓahullāh, seorang ulama besar yang tidak asing lagi namanya.

Sebaik-baik hari dalam setahun adalah pada 10 hari awal Zulhijjah yang di dalamnya ada hari ‘Arafah. Fadilatnya adalah thabit berdasarkan firman Allah dalam al-Quran dan sabda Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam. Amatlah rugi bagi sesiapa yang mensia-siakan peluang yang terhidang ini di depan mata ini. E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma supaya kita bersama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta mengambil manfaat daripadanya.

E-buku ini boleh dimuatturun secara percuma melalui pautan di bawah ini:
https://drive.google.com/file/d/1BHK_XIQeBUXR3TMaklyNtijQK7f3Q0gx/view?fbclid=IwAR1xMq4p5Ouj8vkapHAUvfN4YPhX0GcsOFV0-7y2yl48zHmLf_lbCVdt41o

E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat. Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang yang beruntung di sisi Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Selamat membaca dan merenung!

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR