Keluarga Sakinah Asas Pembangunan Ummah

August 23, 2016
editor-media

14 Ogos 2016, Ahad Program anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Seminar Keluarga Islam 2016 bersempena Muktamar Sanawi ABIM Negeri Sarawak ke 37 di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak telah berlansung dengan jayanya. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) atas kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan program ini.

Selain itu juga, setinggi penghargaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Seminar Keluarga Islam yang bertemakan “ Keluarga Sakinah Asas Pembangunan Ummah” telah mencapai objektif yang diharapkan serta mendapat sambutan yang terbaik daripada peserta. Kami berharap kerjasama yang akan datang akan lebih berjalan dengan sempurna. Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan masa yang anda luangkan bagi merealisasikan program ini. Semoga ukhwah persaudaraan kita semakin bertambah kuat.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR