KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM (KKBI) DATANG LAGI, KALI INI DI RANAU

October 6, 2022
editor@abim

KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM (KKBI) DATANG LAGI, KALI INI DI RANAU

Alhamdulillah, setelah lebih dari 2 tahun, sempena cuti sekolah lalu, ABIM Ranau telah menganjurkan KKBI Tahun 2022. Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia; Pejabat Pendidikan Daerah Ranau dan Majlis Belia Sabah pada 5 – 7hb September 2022.

Program berlangsung di Damai Eco Ranch, Ranau, Sabah, di mana kali ini objektif dikhaskan untuk MPP sekolah menengah di Ranau yang berumur 15 – 19 tahun.

Di antara pengisi slot dalam program ini di antaranya adalah Ts Dr Ramzah Dambul (Rem Dambul), Ustaz Shamsuri Ghazali (Awan Nano), Ustaz Jusidin Kadsingin, Tuan Ahmad Farid Sainuri (Tokoh Belia Sabah) dan Sdra. Madani Mustapha (Anugerah Ikon Kepimpinan Belia).

Di antara sekolah yang terlibat ialah: SMK Kundasang Ranau; SMK Mat Salleh Ranau; SMA Irsyadiah Ranau; SMK Lohan Ranau; SMKA Mohamad Ali Ranau; dan SMK Ulu Sugut Ranau.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR