KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM ( KKBI ) DATANG LAGI

September 4, 2022
editor@abim

‼️‼️ KEM KEPIMPINAN BELIA ISLAM ( KKBI ) DATANG LAGI ‼️‼️

Setelah lebih dari 2 tahun tidak dapat melaksanakan program yang mengambil masa 3 hari 2 malam, Kali ini, Alhamdulillah sempena cuti sekolah ini ABIM Ranau akan menganjurkan KKBI Tahun 2022.

Sebuah Anjuran Bersama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia / Pejabat Pendidikan Daerah Ranau & Majlis Belia Sabah pada :

Tarikh : 5 – 7 September 2022

Tempat : Damai Eco Ranch Ranau Sabah

Kali ini objektif dikhaskan untuk MPP sekolah menengah di Ranau yang berumur 15 – 19 Tahun.

psssssttttt .. Mahu tahu di antara pengisi slot dalam program ini di antaranya Ts Dr Ramzah Dambul ( Rem Dambul ), Ustaz Shamsuri Ghazali ( Awan Nano ), Ustaz Jusidin Kadsingin, Tuan Ahmad Farid Sainuri ( Tokoh Belia Sabah ) Dan En Madani Mustapha ( Anugerah Ikon Kepimpinan Bellia).

Di antara sekolah yang terlibat ialah:

✅ SMK KUNDASANG RANAU

✅ SMK MAT SALLEH RANAU

✅ SMA IRSYADIAH RANAU

✅ SMK LOHAN RANAU

✅ SMKA MOHAMAD ALI RANAU

✅ SMK ULU SUGUT RANAU

Pelbagai aktiviti menarik menanti adik – adik di sana, Jom isi masa cuti anda dengan aktiviti yang bermanfaat!!

Program akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Andi Suryady Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah.

Jumpa anda di sana!!

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR