Kem Relawan GPM di Melaka Dapat Sambutan Memberangsangkan

February 10, 2022
editor@abim

Kem Relawan GPM di Melaka Dapat Sambutan Memberangsangkan

Alhamdulillah, untuk kali pertama, Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah mengadakan Kem Relawan Siap Siaga Melaka 2022 dengan kerjasama Pertubuhan SALWA Malaysia (SALWA); Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Wadah Percerdasan Umat Malaysia (WADAH); Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM) dan GPM Melaka.

Sepanjang kem relawan ini berlangsung, peserta didedahkan dengan persediaan pengurusan bencana dan pengurusan kaunseling terhadap mangsa bencana seperti bencana banjir, kebakaran dan sebagainya.

Antara tenaga pengajar bagi kem kali ini adalah wakil dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rahmah Support Team (RST) untuk berkongsi tentang pengurusan bencana dan pengurusan psikologi mangsa bencana.

JPAM berkongsi tentang kawasan bencana mengikut zon yang berbeza iaitu zon hijau, kuning dan merah yang hanya membenarkan perintah dan kawalan serta akses tertentu sahaja yang boleh masuk ke zon-zon tersebut.

Ilmu tentang bantuan Awal Psikologi atau Psychological First Aid (PFA) juga turut ditekankan kepada peserta supaya mereka cakna dan tahu cara yang tepat untuk memberi bantuan dan sokongan psikologi kepada mangsa bencana.

Peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya pensyarah, doktor, guru dan juga pelajar universiti seluruh Melaka. Kami berterima kasih kepada semua agensi dan peserta yang terlibat dalam kem relawan ini.

GPM Malaysia mengambil serius maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada peserta dan bertekad menambah baik untuk kem yang akan datang.


Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmudanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR